Assalamu’alaikum….


Alangkah lemahnya diri ini, tidak mampu untuk berdiri tanpaNYA yang memberi kekuatan. Tika ini, jiwa ini terasa begitu kalut sekali. Fizikal juga semakin lemah. Yang pasti, aku semakin hampir tersembam. Cumanya, apakah tanganku mampu menongkat badan agar tidak menyembah bumi.


Ya Allah! Banyak sekali tekanan ini. Ingin rasanya aku menangis tapi apa yang boleh dilakukan dengan air mata? Sekiranya kerja akan dapat dibereskan dengan air mata, pasti ku akan menangis sepuas-puasnya. Mahu tidak mahu, biarlah ia hanya bergenang di mata tanpa perlu mengalir.


Ini adalah Minggu pertama posting ophthalmology. Memang benar, ia hanyalah minor posting berbanding posting yang lain. Akan tetapi ia juga mempunyai cabaran yang tersendiri. Posting ini nyata penuh dengan tutorial yang memaksa otak ini perlu sentiasa diperah dan minda juga perlu bersedia untuk menghadapinya. Dalam posting ini juga ada klinik, ada on call walaupun sekejap, ada OT walaupun requirement nya tidak la seteruk posting lain dan semestinya ada ophlamoscope yang begitu mencabar.


Tanpa kemahiran menggunakan ophthalmoscope, bererti ia kegagalan dalam posting ini. Ada 20 fundus examination yang perlu diisi dalam log book. Itu adalah yang wajib diisi untuk layak menduduki exam. Mungkin, boleh sahaja ditiru, tapi apa gunanya meniru kerana ia akan lebih memakan diri. Pemeriksan fundus merupakan komponen wajib dalam peperiksaan end of assessment nanti. Jika meniru, InshaALLAh tak akan dapat melakukan pemeriksaan ini dengan baik. Dan yang paling penting sekali ialah masa depan. Tanpa kemahiran ini, tiada guna aku menyimpan cita-cita menjadi pakar perubatan kecemasan. Pastinya, aka nada kes ophthalmology emergency dan neurology yang memerlukan penggunaan ophthalmoscope ini.


Aku hanya mampu berdoa pada Allah. Berilah kemudahan untukku menguasainya. Sudah seminggu posting berlangsung, tapi masih belum betul-betul menguasainya walaupun ada kemajuan berbanding di awal posting.


Selain dari pening dengan akademik. Semestinya report elektif lah yang memberikan tekanan nombor dua padaku. Ya Allah! Aku betul-betul stress dalam menyelesaikannya. Ada masanya terpaksa bersengkang mata menghadap laptop hingga katil yang empuk terpaksa dilupakan. Susahnya apabila bekerja dengan orang. Semestinya pelbagai ragam dan kerenah yang menyentap sanubari ini. Marah, geram, sedih dan kecewa bercampur menjadi satu. Semestinya perasaan ini cukup untuk melenyapkan sesebuah kegembiraan.


Ya Allah! Aku tahu, ini semua adalah tarbiyyah untukku. Ini semua adalah latihan untuk menyediakanku untuk menjadi seorang yang hebat suatu masa nanti. Namun, ku mengharapkan kekuatan dariMu agar aku terus bertahan. Bantulah aku ya Allah. Sesungguhnya aku yakin kau akan sentiasa bersamaku. Ameen!



Say: "Think ye, if Allah took away your hearing and your sight, and sealed up your hearts, who - a god other than Allah - could restore them to you?" See how We explain the signs by various (symbols); yet they turn aside. [Q6:46]


Assalamua’laikum. Alhamdulillah, now it’s been two days I’m in ophthalmology posting. It just a minor posting compared to other disciplines. But yet! It needs lot of effort to master this posting.


Using the ophthalmoscope itself is a great challenge even though it’s just a simple procedure. I myself still not able to appreciate the view of the fundus and it give a great distress to me.


And not to deny, it’s also quite tiring to the body and minds. Just now, I come back from OT to observe Right eye Corneascleral Toilet & Suturing and Explorative surgery in a patient involving in accident. It’s an emergency case and I’m so lucky to be able to see it as it’s not a common case.


Sadly, the prognosis of the patient is not really good. I wonder whether he’s being able to see the greatness of God’s creation again or not.


Yes! Sight is one of the greatest things ever that God has given us. Sadly, we never appreciate it and thankful to Him for giving it to us.


But He fashioned him in due proportion, and breathed into him something of His spirit. And He gave you (the faculties of) hearing and sight and feeling (and understanding): little thanks do ye give! [Q32:9]


May Allah give him another chance to see again. And may Allah help me in this posting and learn as much as I can.

Bergambar kenangan selesai menjalankan aktiviti

Bismillahirrahmanirrahim.


Syukur je hadrat Allah kerana kita semua masih teguh dalam menghadapi dugaannya dan masih kekal dalam nikmat beragama Islam, agama yang syumul dan diredhai sang Pencipta.


Perjalanan mencari redha Allah di bumi Yogyakarta diteruskan lagi dengan rancangan untuk ke Posyandu untuk program kesihatan ibu dan anak-anak Balita.


Kereta yang disediakan UGM datang mengambil kami di hadapan homestay pada jam 7.30 pagi dan kemudiannya bertolak 15 minit kemudian ke PUSKESMAS Piyungan untuk tujuan briefing. Kami tiba di Puskesmas pada jam 8.15 pagi dan menggunakan masa yang ada untuk melawat fasiliti yang ada.


Setelah lengkap membuat satu pusingan mengelilingi fasiliti di PUSKESMAS, kami terus bertolak ke Posyandu Cahaya Muda II yang bertempat di Tegal Piyungan, Srimulyo, Piyungan Bantul pada jam 8.45 pagi.


Kehadiran kami disambut dengan irama pancaragam yang begitu mengasyikkan dari anak-anak BALITA dari Teka Martisuri. Akhirnya saya berpeluang untuk menyaksikan sendiri persemabahan ini setelah terlepas peluang pada hari semalam. Benarlah! Jika sudah rezeki, ia tetap akan bersama kita. Usah dirisau ia akan terlepas, kerana takdir akan membawanya ke genggaman tangan kita.


Memulakan perarakan masuk

Persembahan di hadapan VIP



Persembahan dimeriahkan lagi dengan senamrobik oleh anak-anak PAUD (Pendidikan anak usia dingin) yang berusia bawah 3 tahun. Saya begitu kagum sekali menyaksikan ketabahan guru-guru memujuk anak-anak yang merajuk kerana tidak mahu melakukan persembahan. Akhirnya, para gurulah yang memulakan senaman dengan diiringi nyanyian ala-ala twinkle-twinkle little star sekiranya di tadika di Malaysia.


Jangan malu-malu dik


Teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru mereka, lantas si anak kecil mula menggerakkan badan walaupun ada yang masih menyusu susu botol.



minum susu dulu


Cute!

Dan, aktiviti kami diteruskan lagi dengan mendengar ucapan sambutan dari pihak Posyandu. Satu pengalaman lagi di sini apabila pengerusi majlis mengumumkan untuk membaca doa bagi mendapatkan barakah Allah dan memulakan membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sedangkan masih belum ada tukang baca doa di hadapan.


Ibu ketua sukarelawan


Saya tertanya-tanya adaka ibu pengerusi majlis tersebut akan memimpin bacaan doa akan tetapi sangkaan saya meleset. Frasa Bismillahirrahmanirrahim itu sendirilah sebenarnya doa dan tiada tambahan yang lain. Wah! Di Malaysia, adakah kita mengklasifikasinya sebagai doa?


Sedikit info tambahan tentang Posyandu, ia ditubuhkan oleh pihak kerajaan dengan harapan untuk menyelesaikan 4 masalah utama penduduk yang tidak mendapat capaian ke PUSKESMAS iaitu lahir mati (maternal problem either the mother died or the baby is born dead), sakit perut (saya kurang pasti apakah sakit perut yang dimaksudkan, diarrhea ataupun thyfoid), demam berdarah (dengue) dan tuberculosis.


Prof Mohtar melakukan pemeriksaan mata

Selesai majlis perasmian, kami mula menjalankan aktiviti kami di sana iaitu menemu ramah penduduk kampung bagi membuat sedikit kajian mengenai tahap anxiety dan depression dalam kalangan penduduk yang mengalami kejadian gempa bumi pada tahun 2006.



Saya sendiri sempat berbual dengan ketua kampung tersebut. Menurut beliau di desa ini sahaja terdapat 48 orang mangsa yang tewas (dalam bahasa Indonesia, tewas bererti mati).


Kata beliau lagi, kejadian yang berlaku dalam jam 5.50 pagi itu telah menyebabkan desa roboh dalam hanya 56 saat. Beliau yang kini sudah pun dapat menjalani kehidupan yang normal berkata,


"Musibah ini merupakan ujian dari Allah apabila manusia melupakan sang Pencipta di atas mereka. Maka Allah telah memberi peringatan. Alhamdulillah! Selepas kejadian gempa, masyarakat mula kembali padanya dan pendidikan agama telah dimulakan pada peringkat awal kanak-kanak lagi."


Gambar kaunter pendaftaran

Selesai di Posyandu, kami bertolak pulang ke PUSKESMAS.untuk makan tengah hari sebelum bertolak ke New Ngelapin untuk menyaksikan rumah teletubbies.


Sibuk berurusan dengan Putra bagi membincangkan masalah ubat yang tidak selesai lagi.

Sebelum melangkah kaki, kami dihiburkan dengan nyanyian lagu oleh ibu kepala sukarelawan di Sana sebagai satu titipan nasihat buat kami.

Ayo kondor, Ayo kondor,

Kondor kebarengan,

Ngati-ngati, Ngati-ngati,

Ojo do tukaran,

Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh!

Ayo Pulang 2X

Pulang sama-sama,

Hati-hati,

Banyak kenderaan (literally means; jangan bertengkar)


Dan majlis seterusnya ditutup dengan doa penamat yang berbunyi Alhamdulillah. Wah! Sekali lagi aku terpana…


Sekian catatan kali ini. Motur Novun!


Assalamu’alaikum


Saya buka kembali isu penutupan pusat penyembelihan babi yang menyebabkan DAP Kedah keluar dari Pakatan rakyat dengan keratan akhbar hari ini


Babi: Penduduk Pendang bantah


Walaupun yang membantah itu sebilangan besarnya mereka yang beragama Buddha dan berdasarkan alasan berdekatan dengan tokong. Tapi saya yakin sebenarnya mereka TAK INGIN pusat penyembelihan babi walaupun segolongan besar dari mereka makan babi


Sebab utama ialah mereka sedia maklum masalah yang timbul apabila pusat penyembelihan babi dibuka iaitu bau yang terlampau busuk dan pencemaran.


Oleh itu, mereka tidak mahu ia dibuka di tempat mereka. Maka tidak hairanlah mereka membantah.


Sebaliknya di kawasan tapak asal pusat penyembelihan babi, saya yakin bahawa penduduk disana sangat-sangat gembira dengan penutupan tersebut dan menganggap kerajaan negeri sebagai Hero. Maklumlah, penderitaan mereka akhirnya berakhir.


Oleh yang demikian, saya melihat ada satu penyelesaian kalau DAP betul-betul nak perjuangkan nasib2 penggemar daging babi ni. DAP harus mencari satu kawasan didiami cina yang gemar babi dan bina di tempat mereka. kalau tidak pun, kita bina sahaja pusat penyembelihan babi itu di tepi rumah ADUN DAP tu. kita tengok apa reaksi beliau tentang isu ini nanti.


Saya yakin, mereka pun tidak sanggup. Oleh yang demikian kenapa double standard? Babi nak makan tapi tak nak pusat sembelih dekat rumah mereka. Macam-maca alasan ditimbulkan. Tapi bila kita buang pusat penyembelihan babi di kawasa orang, dikatakan pula diskriminasi, tidak hormat agama dan sebagainya.


Nasib nasib……..


Assalamu’alikum w.b.t


All praise to almighty Allah for his blessing, we still alive today to undergone our day whether sweet or bitter.


Today is the beginning of a new saga. Well! Talking about SAGA, it’s not a really saga like the chronicles of rising or falling of great empires. But it’s just a chronicles of my life as a fourth year medical students and hopefully this story walk on its line smoothly without having too much troubles.


Well! Being a fourth year students is not about walking in white coat, plus stethoscope around your neck acting like a medical students. But BEHAVE like a real one. Well, yeah! This is the peak of students’ year as medical students. THE road of the SCARRY CLINICAL YEAR is finally open in front of us, ready to be walked through!


All I can say for sure. THE HEAT IS ON! Be prepared for the worst.


And obviously, is no longer a time where I can skip class and hanging around purposeless. It’s time to train myself towards becoming a real doctor.


One of the doctor said, it’s your pre-HO year. So act like one! But, yet don’t be afraid to ask a silly question as in your level it is considered as smart question. Don’t keep it until your HO year to ask the question as that time ( ie; considering your position) it will be a silly one.


To my entire friend whose’ facing the major posting. Keep up the spirit! Keep up fighting!


Well for me, even though I’m facing a minor posting, I’m sure it so damn important and act as a platform for me to prepare for the toughest one.


Arghhhhhhh…….. is this year really tough? I’m thinking about a short poem


Don’t say it tough, before facing it.

Don’t say that it can’t be overcome once you’re facing it.

Don’t say you cannot succeed it after overcoming it.

And the taste of success, let it be sweet and fruitfully.


p/s: waiting for the ophthalmology posting tomorrow morning


Assalamu’alaikum…..


Dalam kesibukan kerajaan menangani isu selsema babi yang makin meruncing di negara kita, ditambah pula bilangan mangsa telah pun mencecah angka 291, DAP pula mengadakan kekecohan terbaru berhubung isu BABI.


Keputusan DAP Kedah menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana tidak puas hati dengan tindakan meroboh pusat penyembelihan babi sangat-sangat dikesali apatah lagi dalam bahang pilihan raya kecil manik urai.


Tidak dinafikan bahawa babi sememangnya penting dalam kamus masakan orang cina. Akan tetapi, apakah mereka lebih lantang memperjuangkan BABI berbanding kerajaan.


Tindakan Lee Guan Aik menjadi ADUN BEBAS sebenarnya menunjukkan beliau mempunyai masalah kronik dalam urusan pentadbiran. Mungkin beliau merupakan antara peminat BABI nombor satu negara.


Saya khuatir, sekiranya kelak Pakatan Rakyat memerintah Malaysia apakah Kerajaan akan tumbang sekiranya ISU BABI ini berulang?


Nampaknya, BABI itu lebih penting berbanding masalah rakyat seperti kemelesetan ekonomi, masalah moral dan pendidikan.


Adakah orang cina akan kebulur sekiranya tiada BABI dan sudah tiadakah stok makanan di Malaysia ini sehingga BABI juga menjadi PUJAAN HATI.


Aku lemah tiada bermaya,

Pandangan ku kabur,

Langkahku longlai menanti rebah,

Jiwaku terusik, hatiku menangis,

Segalanya kelihatan kelam.


Oh mengapa ku tertewas,

Tidak mampu menggapai cahaya,

Diri terasa begitu kotor,

Entah bagaimana dapat kusucikan,

Supaya berseri menghadap Ilahi,


Bimbinglah aku untuk terus berlari,

Pandulah aku di landasan keimanan,

Jangan dibiarkan aku tersesat,

Ku tak mahu tergelincir,

Kerana sayangnya aku padaMU


Pada siapa harus ku mengadu?

Bagaimana ku tahu KAU mendengarku,

Ku merintih padaMU mengharap balas,

Tapi kesunyian masih menamaniku

Oh TUHAN hadirlah bersamaku.




"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]